Perhatian kepada warga Diploma NR... kami ingin memohon maaf kepada anda semua di atas kesalahan artikel bantuan insentif makanan. Di sini terdapat info baru mengenai bantuan makanan...
--> Notice kpd pelajar nr diploma yg memohon insentif makanan:
1.sila hantar borang manual
2.mendaftar NR di student portal.
3.mendaftar NR di @www.kolejdungun.uitm.edu.my
4.membuat permohonan/rayuan insentif mkn di student portal
--> sila rujuk UPNR kjika terdapat masalah
segala kesulitan amat kami kesali. Mohon Maaf dari pihak kami. Sekian terima kasih.
"kebajikan NR keutamaan kami"
Friday, 1 July 2011
Saturday, 11 June 2011
Pesanan untuk warga NR
salam...apa khabar sume pelajar NR yang baru? apa perasaan anda bila anda mnjadi warga NR? sy harap anda berpuas hati dan bersyukur kerana m'dpt tmpat tinggal w/pun kurang selesa.jadikan ketidakselesaan itu sebagai cabaran utk menjadi pelajar yang lebih cemerlang untuk diri sendirin dan keluarga.di sini saya ingin menasihati anda sume dan saling m'peringat antara kita bahawa menjadi warga NR bukan bermakna kita terlepas dari peraturan UiTM malahan menjadi warga NR kita mempunyai t'jawab yang lebih besar kerana kita hidup dan tinggal di kawasan kejiranan.jadi,segala tingkah laku kita akan diperlihat dan dinilai oleh jiran tetangga kita.sebagai pelajar UiTM yang bijak, kita seharusnya menjaga tingkah laku agar sama2 dapat menjaga nama baik tempat kita menuntut ilmu.selain itu, kepada semua warga NR yang mempunyai sebarang masalah, anda bolehlah merujuk kepada JPNR di kaunter PKPNR atau menghubungi terus JPNR untuk sama2 membantu anda dlm menyelesaikan masalah tersebut. anda juga dinasihatkan supaya mendaftar sebagai warga NR kerana banyak kebaikan dan kelebihan, contohnya, kami akan minta bantuan pihak polis dan pihak keselamatan UiTM untuk meronda kawasan rumah anda jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
p/s: jagalah diri anda sebaik mungkin dan pastikan keselamatan rumah dan diri anda dititikberatkan.kami sebagai JPNR sangat mengharapkan kerjasama dari anda untuk sama2 menjaga kebajikan diri kita.
pesanan dari jauh : exco perhubungan luar dan antarabangsa =))
Wednesday, 8 June 2011
menjadi warga NR
assalamualaikum kepada semua NR sekalian, kami tahu sebagai pelajar NR yang baru semestinya banyak perkara yang perlu kamu pelajari. Daripada macam mana nak pergi ke kelas, sampailah how to keep urself safe di rumah sewa. Jadi di sini terdapat info dan pesanan daripada Exco Kebajikan, aduan dan keselamatan. Kami harap anda menerima info dan pesanan ini. Insyallah. k.i.t.
"Salam warga NR....arini saya nak bgtau kpada warga NR yang baru...1st skali slamat menjadi warga NR...sama2 kita menjaga tatasusila and nama baik UiTM Dungun...Buat baik dgn jiran tetangga, soon you will need their help...."
Bagi rumah yang ada kereta lebih dari 1, watch out....kamu mungkin jadi target pencuri sbb pencuri assume yang student ada kreta adalah student ank org kaya...
Muhammad Al-Naseef Kamarudin
EXCO ADUAN KEBAJIKAN PENEMPATAN NR UITM DUNGUN
"kebajikan Nr, keutamaan Kami"
Contoh surat memohon perabot terpakai/bahan lupus
Assalamualaikum kepada semua sahabat NR. Apa khabar anda semua? sekarang dah masuk minggu ke-2 anda menjadi warga NR bukan? kami harap anda dapat berdikari dan menjadi warga NR yang bertanggung jawab dan dapat menyesuaikan diri di kawasan kediaman anda. Jika terdapat sebarang keraguan boleh lah menghubungi NR. Anyway, kami tahu anda di luar sana yang berkemungkinan tidak mampu untuk membeli barang kelengkapan rumah seperti tilam mahupun perabot. Oleh itu, kami NR telah memberi kemudahan kepada pelajar NR untuk membuat permohonan mengenai barang lama NR. Di sini ialah contoh format surat permohonan barang terpakai/barang lupus :
Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin *nama anda*
No. 4 Taman Selasih Perdana Fasa 3,
23000 Dungun,
Terengganu.
En Roslan B Rani
Pengurus Asrama Kanan,
UiTM Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu. 13 Februari 2011
Tuan,
PER : PERMOHONAN MENGAMBIL BARANG PELUPUSAN UITM
Merujuk kepada perkara di atas adalah saya Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin, no. Matrik 2010694218 ialah pelajar non-resident UiTM Dungun ingin memohon seperti yang di maklumkan.
2. Saya adalah wakil bagi rumah saya, di sini saya sertakan senarai nama rakan serumah yang ingin juga memohon :
a. Muhammad Firdauz B Mohd Rasid 2010668122
b. Shahamirul Irwan B Saidin 2010483374
c. Amirul Azzali B Mohammad 2010404952
d. Abuzar Al-Gefari B Mat Ramly 2010937141
e. Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin 2010694218
3. Bersama ini juga saya sertakan senarai barang yang diperlukan :
a. Tilam = 5 unit
b. Meja = 5 unit
c. Kerusi = 5 unit
Disini saya ingin menyatakan bahawa kami begitu terdesak untuk memilik barang-barang tersebut kerana di rumah kami tidak di sediakan kemudahan tersebut.Disini juga saya sertakan nombor telefon bimbit jika ada sebarang kesulitan. Segala kerjasama dari pihak tuan saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,
(MUHAMMAD AL-NASEEF B KAMARUDDIN)
013-9939351
23000 Dungun,
Terengganu.
En Roslan B Rani
Pengurus Asrama Kanan,
UiTM Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu. 13 Februari 2011
Tuan,
PER : PERMOHONAN MENGAMBIL BARANG PELUPUSAN UITM
Merujuk kepada perkara di atas adalah saya Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin, no. Matrik 2010694218 ialah pelajar non-resident UiTM Dungun ingin memohon seperti yang di maklumkan.
2. Saya adalah wakil bagi rumah saya, di sini saya sertakan senarai nama rakan serumah yang ingin juga memohon :
a. Muhammad Firdauz B Mohd Rasid 2010668122
b. Shahamirul Irwan B Saidin 2010483374
c. Amirul Azzali B Mohammad 2010404952
d. Abuzar Al-Gefari B Mat Ramly 2010937141
e. Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin 2010694218
3. Bersama ini juga saya sertakan senarai barang yang diperlukan :
a. Tilam = 5 unit
b. Meja = 5 unit
c. Kerusi = 5 unit
Disini saya ingin menyatakan bahawa kami begitu terdesak untuk memilik barang-barang tersebut kerana di rumah kami tidak di sediakan kemudahan tersebut.Disini juga saya sertakan nombor telefon bimbit jika ada sebarang kesulitan. Segala kerjasama dari pihak tuan saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,
(MUHAMMAD AL-NASEEF B KAMARUDDIN)
013-9939351
*terhad 1unit tlam,1unit meja, 1 unit kerusi utk setiap pemohon*
**sah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan*
kami harap info di sini dapat membantu anda..insyallah..
"kebajikan NR, keutamaan kami"
khas untuk warga NR yang baru (diploma student)
asssalamualaikum kepada sahabat NR kami yang baru. So how's life so far being a non resident? Susah? senang? apa-apa sekali pun, kami berharap pengalaman sebagai NR dapat mematangkan anda dan mendidik anda menjadi warga NR yang lebuh berdikari. Di sini kami ada pesanan daripada YDP JPNR dan amat penting bagi anda sebagai warga NR.
"Kepada pelajar NR terutama pelajar NR Diploma, selamat datang ke Hotline JPNR. beringat bahawa duduk di luar amat berbeza daripada duduk di dalam kampus. semua kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa dan di waktu kita leka. Sekiranya anda ada masalah berkenaan keselamatan rumah sewa anda. sila rujuk kpd Rukun Jiran Tetangga atau JKKK kawasan perumahan anda supaya mereka boleh melakukan pengawasan di kawasan persekitaran rumah anda. dapatkan nombor ahli RJT atau JKKK kawasan perumahan anda. Sekiranya anda ada masalah yg ingin dibincangkan, Hubungi terus Pegawai Pembangunan Pelajar NR iaitu :
- En.Jazimin - 0165074299
- Pn.Noorimah - 0166531946
-Mohd Haziq Rahmat-
"YDP JPNR"
"kebajikan NR, keutamaan kami"
"kebajikan NR, keutamaan kami"
Tuesday, 31 May 2011
selamat datang warga NR yang baru!!!!
assalamualaikum kepada semua warga NR (DIPLOMA) yang baru....!! kami past sangat ada dia antara anda yang berasa risau, bimbang serta takut akan menjadi warga luar kampus. jadi kami sebagai JPNR sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar NR UITM dungun.. di sini kami ada sedikit info mengenai NR dimana:
**Perhatian kepada semua warga NR, UPK dan NR telah melancarkan sistem bersepadu unit kolej dan NR, semua pelajar NR Diploma dan Degree yang tiggal di luar, sila daftarkan diri anda sebagai NR di www.kolejdungun.uitm.edu.my/upk berula 29 mei 2011. Laman ini akan menjadi one stop accomodation center kepada pelajar kolej & NR. kepada pelajar yang sudah membuat pendaftaran di eHep, diminta membuat semula di lawan web ini. sticker status akan diberi. manakala sticker untuk in & out campus dan mohon kenderaan akan diberi juga.. good luck! :) **
"kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Thursday, 19 May 2011
Mari kita berkenalan dengan Ahli JPNR
Assalamualaikum untuk semua warga dan sahabat NR...Kali ini kita buka ruangan yang kain sedikit berbanding post NR yang lain. Saya pasti ramai sahabat NR di luar sana yang ingin berkenalan dengan ahli JPNR atau nama panjangnya Jawatankuasa Perwakilan Non Residence UiTM Dungun. And i'm pretty sure most of you guys yang suka duduk lepak, chill, hangout or study di PKPNR akan jumpa muka-muka JPNR dalam office tak kisah la mereka duduk study jugak ke, duduk gosip ke, or even duduk buat paper work aktiviti NR. Tapi yang pastinya, muka ini la yang cuba membantu anda di PKPNR. So, today apa kata kita berkenalan dengan mereka ini dengan lebih dekat. Ye lah, nanti senang la korang nak recognize muka mereka bila terserempak di luar sana. So, kalau ternampak tu tegur-tegur la ye.. Tapi bagi salam la dulu ye..? So, jom la kita tengok profile JPNR, bermula daripada YDP sampai la kepada saya, Exco ICT.
Mohd Haziq Rahmat
YDP JPNR
ISBAC
KL
21 tahun
Rashidah Mohd
NYDP JPNR
ISBAC
K.T.
21 Tahun
Wan Najmi@Sarah Wan Ismail
S/U Agung I JPNR
FINANCE
Besut
23 Tahun
Nurul Fatin Mat Hasin
Bendahari Kehormat JPNR
FINANCE
Dungun
23 Tahun
Ainul Izzah Ahmad Marzuki
S/U Agung II JPNR
ISBAC
KL
21 Tahun
Ok, sekarang semua dah tahu kan Majlis Tertinggi JPNR. Memang kalau korang tengok Exco-exco semuanya masih muda-muda lagi...Kami di JPNR seramai 14 orang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda dan kebanyakkan dari kami adalah pelajar ISBAC dan Finance. Cuma berbeza semester dan kelas je. Tapi mujurla ada pelajar OM juga..hehehe...We move to the next round shall we?
Hasrol Hassan Basri
Exco Penyelidikan & Penerbitan JPNR
FINANCE
Perak
20 Tahun
Norhayati Aqilah Aziz
Exco Perhubungan Luar & Antarabangsa JPNR
ISBAC
KL
21 Tahun
Nur Syazwani Yusof
Exco Pembangunan Insan JPNR
FINANCE
22 Tahun
Mohammd Al-Naseef Kamarudin
Exco Aduan & Penempatan NR
ISBAC
Kelantan
23 Tahun
Azri Fikir Azizi
Exco Sukan & Rekreasi JPNR
FINANCE
Dungun
23 Tahun
Siti Aida Abdullah
Exco Akademik & Kuesahawanan JPNR
OM 221
Kemaman
21 Tahun
Noradamiah Aluwi
Exco Pentadbiran & Pengurusan JPNR
FINANCE
22 Tahun
Noraini Yusof
Exco Kerjaya & Perhubungan Dalaman JPNR
FINANCE
Dungun
23 Tahun
Hajar Ahmedy
Exco Informasi & ICT JPNR
OM 221
JB
23 Tahun
*penulis utama blog NR*
ok, so u guys dah tau la kan basic profile kami semua.. Insyallah, di masa akan datang kami akan perkenalkan lagi pelbagai perkara baru dan juga aktiviti-aktiviti NR. Semester depan adalah semester ketiga JPNR telah wujud dan insyallah, kami akan perkenalkan pelbagai sistem untuk memperkenalkan kewujudan NR kepada semua warga NR. Kami mengharapkan agar semua warga NR dapat bersama-sama kami untuk turut serta dalam aktivit NR. Insyallah. k.i.t.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Kembara Penzoil datang lagi!!!
Assalamualaikum untuk semua warga NR! Seperti tahun lepas, anjuran bersama KERAJAAN NEGERI TERENGGANU,UITM KAMPUS TERENGGANU dan UMW PENZOIL akan menganjurkan kembara penzoil 2011. Berikut ialah info mengenai kembara penzoil 2011:
kepada semua pelajar NR yang ingin menyertai KEMBARA PENZOIL 2011 anjuran bersama KERAJAAN NEGERI TERENGGANU,UITM KAMPUS TERENGGANU dan UMW PENZOIL sila hubungi pejabat kolej GEMIA 098400433 atau berhubung terus dengan ENCIK HARIS PAUDI 0139215474 untuk maklumat lanjut.
tarikh program:14-18 JUN 2011
[berkumpul di UITM]
Perjalanan program:
14 JUN: 2.00petang peserta berkumpul di unit kenderaan UITM untuk menukar minyak hitam motosikal masing-masing dan taklimat konvoi
15 JUN: pagi 15 Jun anda akan bertolak dari UITM ke KEMAMAN
(*menginap di rumah keluarga angkat masing-masing)
16 JUN:bertolak ke KUALA BERANG
(*menginap di rumah keluarga angkat masing-masing)
17 JUN:bertolak ke BESUT
(*menginap di rumah keluarga angkat masing-masing)
18 JUN:bertolak ke KUALA TERENGGANU
*anda akan diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing (OPKIM)
**semasa di KT anda akan menyertai program "RIDE IT RIGHT" dan pada malam tersebut anda akan disajikan dengan konsert daripada artis-artis.
keistimewaan kepada peserta:
1. minyak motor ditanggung sepenuhnya semasa program
2. beberapa baju T-SHIRT percuma
3.elaun sara diri
4.sijil penyertaan
5.cabutan bertuah bagi setiap motosikal
6.makan minum pun ditaja..
Dan dalam erti kata lain segalanya adalah percuma....!!!! so apa tunggu lagi, jom la beramai-ramai konvoi untuk KEMBARA PENZOIL....!!!! Jumpa anda di sana ye..Insyallah... k.i.t
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Wednesday, 18 May 2011
pengurusan NR ( Unit NR )
Assalamualaikum kepada semua sahabat NR, disini terdapat sedikit info berkaitan dengan unit NR. Untuk semua warga NR, Pejabat Unit NR (UPNR) Baru telah siap dan beroperasi berasingan dengan pejabat kolej. lokasi UPNR adalah di sebelah pejabar kolej pantai (dlm bangunan sama)..
-pejabat Unit NR (bangunan kolej pantai) adalah utk sebarang urusan NR-stiker nr,daftar,barang perabut,urusan rumah sewa,sistem e-NR, masalah masyarakat n kecemasan n segala dokumentasi atau research ttg unit nr serta urusan rasmi NR
-pusat kegiatan pelajar NR( NR Lounge) hanya utk tempat rehat/kegiatan pelajar nr
-pusat kegiatan pelajar NR II ( NR Terracce)-sedang diproses di luar kampus)
diharapkan dengan info ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar NR.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Tuesday, 17 May 2011
Iklan rumah sewa anda di sini!
kepada semua warga NR yang ingin megiklankan rumah sewa mereka, sila mesej kami di fb bagi memudahkan kami mengumpul maklumat serta data. hal ini dapat menyenagkan pihak kami mengumpul data dan mengiklankan bagi pihak anda di FB NR serta blog NR. sila isikan form dengan menekan button iklan rumah sewa dengan dan hantarkan kepada kami. Dan jangan lupa untuk mendaftar di UPNR. Senang saja bukan? tidak perlu bayar apa-apa untuk iklankan rumah sewa anda. Kami di unit NR sememangnya mahu bekerjasama dengan anda. Jika anda tidak bersama kami, bagaimana kami mahu menolong anda? Sebarkan kepada rakan yang lain ye.? Insyallah. k.i.t.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Monday, 16 May 2011
Mencari rumah sewa?
Assalamualaikum kepada semua warga NR. Di sini terdapat satu maklumat baru bagi anda yang ingin mencari rumah sewa terutamanya kepada pelajar luar daripada terengganu. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Penolong Pengurus Asrama Pantai, En Syamaiza Ibrahim, Unit pengurusan non residence (UPNR) mempunyai rumah-rumah untuk disewa di sekitar dungun, tetapi ia sangat terhad. Bagaimanapun, UPNR sentiasa mencari rumah sewa dari masa ke semasa. Untuk sebarang maklumat boleh la mengunjungi UPNR terengganu atau menghubungi kaunter UPNR di talian 098400409 (keutamaan kepada pelajar diploma yg gagal mendapat kolej semester hadapan). Pelajar yang berasal dari Terengganu disarankan untuk mencari rumah sewa sendiri. Keutaman juga diberi kepada pelajar luar dari terengganu.
Jadi, bolehla mula mencari dan mula menghubungi UPNR..Insyallah, akan ada rumah sewa untuk anda. k.i.t.
"kebajikan NR, keutamaan Kami"
Bantuan Rumah Sewa? Nak cari mana? Housemate?
Assalamualaikum semua pelajar NR. Apa khabar? So before this semua artikel yang ditulis adalah mengenai aktiviti NR dan juga pengenalan kepada NR. Kami di unit JPNR sangat pasti bahawa ramai pelajar di luar sana yang nak tau rumah sewa, aduan mengenai rumah sewa dah macam-macam lagi. Sememangnya kami di pihak JPNR bukan mudah untuk mencari rumah sewa. In fact, kami sendiri terpaksa berhumpas pulas mencari rumah sewa untuk kami sendiri. Kami sendiri kena berusaha, kena bersaing dan kena negotiate dengan tuan rumah sendiri. Kami memahami anda terutama yang baru nak carik rumah sewa. Di sini kami ingin memberitahu bahawa kami sedaya upaya mencari rumah sewa untuk anda semua. Buat sementara waktu ini, kami masih mencari rumah sewa. Pelajar yang ingin mencari rumah sewa atau bertanyakan sebarang pertanyaan berkenaan rumah sewa, bolehlah datang di Pejabat Kolej Pantai. Di PKPNR juga, kami ada juga menyediakan borang tawaran rakan serumah di mana anda boleh mencari housemate, atau roomate untuk diri anda.
Tetapi anda harus ingat bahawa kami sebagai JPNR juga adalah pelajar. Bukan mudah bagi kami untuk memuaskan hati semua pihak. Jadi kami minta semua pelajar untuk memahami keadaan kami. Kami tau, anda mungkin juga akan kata kami pemimpin jadi harus lah tahu untuk mengendalikannya. Kami sedang berusaha dan insyallah, apa jua informasi yang terbaru kami akan publishkan. Di sebalik itu juga, pelajar nr haruslah berusaha dalam mencari rumah sewa. Di FB NR sendiri sudah ramai yag mengiklankan rumah sewa mereka. Cume kami akui, rumah sewa perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Hal ini mungkin kerana pelajar wanita yang lebih bersedia dan lebih ramai di luar sana. Jadi kami di pihak JPNR ingin memohon kerjasama anda semua, jika ada sebaranh rumah sewa atau ingin mencari housemate, datang la d pejabat kolej pantai. selamat berusaha ye! k.i.t.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Operasi Khidmat Masyarakat JPNR (OPKIM)
YDP JPNR berucap dalam Majlis Perasmian OPKIM
Pada 14-16 April yang lalu, JPNR telah menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat yang bertempat di rumah Pengerusi JKKK Kg Sura Hujung Dungun, Tn Haji Mohammad Jusoh. Seramai 40 peserta pelajar non residence telah menyertai program ini dan pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam menyemarakkan lagi program opkim. Program OPKIM merupakan program berbentuk anak angkat di mana peserta luar kampus yang menyertai aktiviti ini akan dijadikan anak angkat kepada penduduk-penduduk kampung di Sura Hujung. OPKIM telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor UiTM Dungun iaitu En Azhari Abdul Aziz. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
- Malam kemuncak kebudayaan OPKIM
- Outdoor activiti seperti congkak, kecek, gula dalam tepung, tarik tali dll
- penyampaian hadiah
- Majlis Perasmian Pembukaan OPKIM
- Majlis Perasmian Penutup OPKIM
- dll
Silat adalah Antara aktiviti malam kebudayaan OPKIM
AJK OPKIM
Sememangnya untuk mengendalikan sesuatu program bukan lah suatu perkara yang mudah. Malah, pelbagai perkara terpaksa diharungi bermula daripada majlis perasmian pembukaan sehinggalah penutup majlis. Syabas dan tahniah diucapkan kepda Pengarah Projek, Naib Pengarah Projek, Ajk, Saketariat, penduduk kampung serta peserta OPKIM. Menyertai aktiviti memang mudah, tetapi menganjurkan aktiviti sememangnya sukar. Tambahan pula untuk mencari peserta luar kampus. Walaupun begitu, ia suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana kami berpeluang berkenalan dengan ramai orang. Malah, kepada peserta, mereka berpeluang menjadi anak angkat penduduk sura hujung.
untuk pengetahuan anda, OPKIM merupakan majlis kemuncak bagi unit non residence pada semester lepas. Hal ini kerana ia merupakan penutup bagi segala majlis tambahan pula ia dijalankan di awa cuti ulang kaji pelajar. Semoga aktiviti ini dapat memberi pelajar non residence dalam menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan semester hadapan. Insyallah. k.i.t.!
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Lawatan Ukhwah JPNR UiTM Dungun ke UTHM NR
JPNR UiTM Terengganu bersam NR UTHM
Pada 24-26 Mac 2011 yang lalu, JPNR Dungun telah mengadakan lawatan Ukhwah ke UTHM Non Residence. Sama seperti NR Dungun, NR UTHM juga mempunya pelajar yang tinggal di luar kampus. Selama 3 hari 2 malam lawatan di adakan bagi tujuan berkongsi pendapat, bercerita pengalaman, melihat kawasn pelajar luar kampus, serta memperkenalkan Majlis Tertinggi NR UiTM Dungun serta NR UTHM. Sememangnya NR UTHM mempunyai pengalaman yang luas dalam memimpin pelajar luar kampus dan pengalaman mereka dalam menangani isu-isu semasa serta isu pelajar luar kampus dapat memberi peluang kepada kamu di sini memperbaiki serta mempertingkatkan kemahiran kami dalam memimpin pelajar. Insyallah, jika diberi kesempatan ingin kami melawat mereka dan kami mengalu-alukan kedatangan mereka di sini. Insyallah. k.i.t.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Wheel Idol Competition & Indoor Games Competition
Indoor Games Competition
Bersempena dengan FESKO atau Festival Kolej yang dijalankan pada 18-20 Mac 2011, JPNR telah mengambil bahagian dalam menganjurkan aktiviti bagi pelajar Non Residence iaitu Wheel Idol Competition serta Indoor Games Competition. Permainan ini dijalankan pada 2 hari berasingan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pelajar NR sendiri.
Bagi Wheel Idol Competition, terdapat 3 aktiviti berlainan yang dipertandingkan iaitu:
- Basikal berhias
- motorsikal tecantik
- Motorsikal classic
Manakala bagi Indoor Games Competition, aktiviti yang dipertandingkan ialah:
- batu seremban
- catur
- carrom
- dart
- dam
- congkak
Pelajar NR main congkak....peace...!
Insyallah, semester hadapan akan ada banyak lagi aktitivit untuk pelajar non residence menyertai. Semoga dengan aktiviti NR, pelajar dapat saling berkomunikasi di antara satu sama lain. yela, kalau tak ada aktiviti macam ni, memang susah la kita nak tengok pelajar luar berinteraksi. Maklumla, datang kelas kemudian balik rumah. Kalau kenal pelajar luar lain pun, kerana tinggal sebumbung dengan pelajar course lain, tak pon sebab kenal kerana kawan pada kawan. So, dengan adanya aktiviti macam ni, pelajar luar dapat berinteraksi dan menambah kan koleksi kawan di FB! Kalau nak tengok gambar aktitivit-aktiviti NR sepanjang Semester ini, lawatlah FB NR Dungun ye...? Insyallah. k.i.t.
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
Open Day NR dan Majlis Perasmian NR Lounge
Open Day NR dan Perasmian NR Lounge
Pada 16 Februari 2011 bermulanya aktiviti pertama NR di mana NR Lounge atau PKPNR telah dirasmikan oleh Rektor UiTMT iaitu Yang Mulia Prof Madya Tengku Yussoff Tengku Mahmud. Majlis telah dijalankan dengan memberi penghargaan kepada Mantan JPNR serta melibatkan aktiviti seperti pendaftaran NR, jual beli serta memberi pengenalan kepada semua pelajar mengenai PKPNR. Sememangnya dalam menganjurkan aktivit bukan mudah, lebih-lebih lagi merasmikan majlis. Tidak dinafikan, pelbagai perkara telah berlaku dalam mengharungi aktivit pertama ini. Walaupun begitu, Alhamdullilah, majlis NR telah berjaya dilakukan dan semua hasil kerja kuat JPNR telah membuahkan hasil. Walaupun berlansung dalam keadaan sederhana, namun ia sangat memberi makna kerana Rektor UITMT telah merasmikan majlis. Tahniah untuk ketua projek serta anak buah mereka. Tidak lupa juga untuk Penasihat JPNR En. Syamaiza Ibrahim. Selepas pengenalan Open Day NR dan Perasmian NR Lounge, terdapat lebih ramai pelajar mengenali PKPNR serta Majlis Tertinggi JPNR. Semoga NR dapat menyertai aktiviti yang kami sediakan. Insyallah. k.i.t!
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"
sejarah penubuhan Non Residence
You guys ever wondered how non residence started their operation? well, unit non residence pada mulanya di letakkan serta diuruskan di bawah unit pengurusan kolej. Sehinggalah pada semester lepas, Jawatan Kuasa Perwakilan Non Residence ataupun JPNR telah ditubuhkan dengan melantik seramai 14 orang pelajar untuk menerajui serta memimpin pelajar luar. Batch JPNR yang pertama telah diterajui oleh Hishamudin Tajul Arus dibawah penasihat En Syamaiza Ibrahim, serta Pegawai Pembanggunan Pelajar NR Dr Samsuddin Wahab (kini PPP NR di bawah jagaan En Jazimin Zakaria serta Pn Norimah Misnan) dan di bantu oleh 13 orang pelajar yang lain. Dengan Motto, "kebajikan NR, keutamaan kami" tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh mereka kerana waktu lantikan hanyalah satu semester sahaja.Hal ini kerana JPNR yang baru akan dilantik seiringan dengan lantikan baru bagi MPP. Walaubagaimanapun, Semester lepas, Mantan JPNR telah berjaya menganjurkan hari terbuka NR serta membantu memperkenalkan kemudahan bas UiTM kepada pelajar luar. Kehadiran mantan JPNR telah memberi 1001 makna kepada JPNR yang baru dilantik semester ini dalam mempelajari selok belok hal ehwal non residence.
Berikut ialah senarai nama JPNR batch kedua (semester Disember 2010 sehingga sekarang):
- Mohammad Haziq Rahmat (YDP JPNR)
- Rashidah Mohd (NYDP JPNR)
- Wan Najmi@Sarah Wan Ismail (S/U Agung JPNR)
- Nurul Fatin Mat Hassin (Bendahari Kehormat)
- Ainul Izzah Ahmad Marzuki (Pen. S/U Agung JPNR)
- Hajar Ahmedy (Exco ICT & Infromasi JPNR)
- Muhammad Al-Naseef Kamarudin (Exco Penempatan & Kebajikan NR JPNR)
- Hasrol Hassan Basri (Exco Penyelidikan & Penerbitan JPNR)
- Azri Fikir Aziz (Exco Sukan & Rekreasi)
- Nur Adamiah Aluwi (Exco Pentadbiran & Pengurusan JPNR)
- Siti Aida Abdullah (Exco Akademik & Keusahawanan JPNR)
- Norhayati Aqilah Aziz (Exco Perhubungan Luar & Antarabangsa JPNR)
- Noraini Yusof (Exco Kerjaya & Perhubungan Dalaman JPNR)
- Nurul Syazwani Yusof (Exco Pembangunan Insan JPNR).
Carta Organisasi JPNR Dungun
Sememangnya kami di unit JPNR masih lagi mempelajari dalam membantu pelajar-pelajar Non Residence dalam semua perkara dan kami berharap semua pelajar Non Residence dapat memberi sokongan kepada kami dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah dalam memberi idea, sumbangan, serta menyertai aktivit Non Residence.
Bagi semester baru lantikan JPNR, telah banyak aktiviti yang kami anjurkan seperti:
- Hari Terbuka NR
- Maulidur Rasul
- Wheel Idol Competition sempena FESKO
- Indoor Games Competition sempena FESKO
- Lawatan Ukhwah JPNR Dungun ke NR UTHM
- Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
Pusat Kegiatan Pelajar Non Residence ataupun PKPNR berada di lokasi Klinik Lama UiTM, beroperasi dari 8 pagi sehingga 11 malam. PKPNR atau NR Lounge ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Dungun sendiri atau Rektor UiTMT, Yang Mulia Prof Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada 16/2/1011. Pusat Kegiatan ini dikhaskan untuk pelajar NR sahaja kerana menyedari hakikat bahawa pelajar NR lebih selesa menghabiskan masa di dalam kampus sementera menunggu waktu kuliah mereka. Hal ini dapat dilihat lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tidak mempunyai kenderaan. Sehubungan dengan itu, PKPNR telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar NR seperti:
- surau wanita
- surau lelaki
- tandas lelaki
- tandas wanita
- bilik indoor games
- bilik rehat.bilik tv
- pantri
- bilik belajar / bilik it
- ruang rehat yang selesa
- ruang parking NR
- dll
diharapkan dengan adanya PKPNR pelajar NR dapat menggunakan dan menjaga kemudahan NR dengan sebaik mungkin. Diharapakan informasi mengenai sejarah penubuhan NR seta JPNR telah memberi anda serba sedikit pengetahuan. K.I.T.!
"Kebajikan NR, Keutamaan Kami...."
welcome non residence dungun
Assalamualaikum untuk semua warga NR Dungun. Selamat datang di blog NR Dungun. Here u can find any information, any news regarding on non residence or even new gossip! hehehe.... we'll try to keep up dengan pelbagai informasi. di sini jugak kami jadikan sebagai perantaraan antara pelajar-pelajar NR untuk berhubung dengan kami selain di fb NR. Kami masih lagi baru dalam dunia memimpin. Oleh itu, pelbagai perkara baru perlu kami pelajari. Harap semua pelajar di luar sana dapat memberi komen, idea atau apa sahaja informasi untuk kami kongsikan bersama. Insyallah. Keep in Touch / k.i.t... :)
"Kebajikan Nr, Keutamaan Kami"
"Kebajikan Nr, Keutamaan Kami"
Subscribe to:
Posts (Atom)