Wednesday 8 June 2011

Contoh surat memohon perabot terpakai/bahan lupus

Assalamualaikum kepada semua sahabat NR. Apa khabar anda semua? sekarang dah masuk minggu ke-2 anda menjadi warga NR bukan? kami harap anda dapat berdikari dan menjadi warga NR yang bertanggung jawab dan dapat menyesuaikan diri di kawasan kediaman anda. Jika terdapat sebarang keraguan boleh lah menghubungi NR. Anyway, kami tahu anda di luar sana yang berkemungkinan tidak mampu untuk membeli barang kelengkapan rumah seperti tilam mahupun perabot. Oleh itu, kami NR telah memberi kemudahan kepada pelajar NR untuk membuat permohonan mengenai barang lama NR. Di sini ialah contoh format surat permohonan barang terpakai/barang lupus :

Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin *nama anda*
No. 4 Taman Selasih Perdana Fasa 3,
23000 Dungun,
Terengganu.

En Roslan B Rani
Pengurus Asrama Kanan,
UiTM Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu. 13 Februari 2011
Tuan,
PER : PERMOHONAN MENGAMBIL BARANG PELUPUSAN UITM
Merujuk kepada perkara di atas adalah saya Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin, no. Matrik 2010694218 ialah pelajar non-resident UiTM Dungun ingin memohon seperti yang di maklumkan.
2. Saya adalah wakil bagi rumah saya, di sini saya sertakan senarai nama rakan serumah yang ingin juga memohon :
a. Muhammad Firdauz B Mohd Rasid 2010668122
b. Shahamirul Irwan B Saidin 2010483374
c. Amirul Azzali B Mohammad 2010404952
d. Abuzar Al-Gefari B Mat Ramly 2010937141
e. Muhammad Al-Naseef B Kamaruddin 2010694218
3. Bersama ini juga saya sertakan senarai barang yang diperlukan :
a. Tilam = 5 unit
b. Meja = 5 unit
c. Kerusi = 5 unit
Disini saya ingin menyatakan bahawa kami begitu terdesak untuk memilik barang-barang tersebut kerana di rumah kami tidak di sediakan kemudahan tersebut.Disini juga saya sertakan nombor telefon bimbit jika ada sebarang kesulitan. Segala kerjasama dari pihak tuan saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,

(MUHAMMAD AL-NASEEF B KAMARUDDIN)
013-9939351

*terhad 1unit tlam,1unit meja, 1 unit kerusi utk setiap pemohon*
**sah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan*

kami harap info di sini dapat membantu anda..insyallah..

"kebajikan NR, keutamaan kami"

3 comments: