Monday 16 May 2011

Bantuan Rumah Sewa? Nak cari mana? Housemate?

Assalamualaikum semua pelajar NR. Apa khabar? So before this semua artikel yang ditulis adalah mengenai aktiviti NR dan juga pengenalan kepada NR. Kami di unit JPNR sangat pasti bahawa ramai pelajar di luar sana yang nak tau rumah sewa, aduan mengenai rumah sewa dah macam-macam lagi. Sememangnya kami di pihak JPNR bukan mudah untuk mencari rumah sewa. In fact, kami sendiri terpaksa berhumpas pulas mencari rumah sewa untuk kami sendiri. Kami sendiri kena berusaha, kena bersaing dan kena negotiate dengan tuan rumah sendiri. Kami memahami anda terutama yang baru nak carik rumah sewa. Di sini kami ingin memberitahu bahawa kami sedaya upaya mencari rumah sewa untuk anda semua. Buat sementara waktu ini, kami masih mencari rumah sewa. Pelajar yang ingin mencari rumah sewa atau bertanyakan sebarang pertanyaan berkenaan rumah sewa, bolehlah datang di Pejabat Kolej Pantai. Di PKPNR juga, kami ada juga menyediakan borang tawaran rakan serumah di mana anda boleh mencari housemate, atau roomate untuk diri anda.

Tetapi anda harus ingat bahawa kami sebagai JPNR juga adalah pelajar. Bukan mudah bagi kami untuk memuaskan hati semua pihak. Jadi kami minta semua pelajar untuk memahami keadaan kami. Kami tau, anda mungkin juga akan kata kami pemimpin jadi harus lah tahu untuk mengendalikannya. Kami sedang berusaha dan insyallah, apa jua informasi yang terbaru kami akan publishkan. Di sebalik itu juga, pelajar nr haruslah berusaha dalam mencari rumah sewa. Di FB NR sendiri sudah ramai yag mengiklankan rumah sewa mereka. Cume kami akui, rumah sewa perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Hal ini mungkin kerana pelajar wanita yang lebih bersedia dan lebih ramai di luar sana. Jadi kami di pihak JPNR ingin memohon kerjasama anda semua, jika ada sebaranh rumah sewa atau ingin mencari housemate, datang la d pejabat kolej pantai. selamat berusaha ye! k.i.t.

"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"

11 comments:

  1. salam..
    kalau rumah sebelah ulek tu nak bg sewa pls inform kpd sy boleh?

    ReplyDelete
  2. salam..setahu saya, rumah sewa dkt sura indah, wisma haji wahab, ade kosong. dekat sura indah mmg banyak.tp tak sure la srkrg ade lg ke tak

    ReplyDelete
  3. haa...dkt wisma haji wahab tu jauh la tp

    ReplyDelete
  4. wisma haji wahab tu kuantiti bykkn? klu bleh nak umah utk 5-6 org.

    ReplyDelete
  5. yup....die ada bnyk compartment...dah pernah pergi..kawan pon pernah duduk situ..mmg ok la... kalau nak rumah..cube try kat sura indah

    ReplyDelete
  6. ok..nanti bln 8 sy try agi tanye ok?

    ReplyDelete
  7. ade x kosong tuk bdk laki? stu due kekosongan pom da jdih.. urgent untuk kwn.. dye laki.. memerlukan sgt umah sewe..plis help

    ReplyDelete
  8. dalam blog NR ni kan ada artikel untuk rumah sewa..try have a look..kalau tak pun try tgk artikel mencari rumah sewa...

    ReplyDelete
  9. de rumh swe tuk pengmbiln sptembr nti x??klu leh nk housemate y sme amik dgree tuk pengmbiln sptmbr gak..

    ReplyDelete
  10. dedkat senarai rumah sewa kan ade..try la calling2..hehehe

    ReplyDelete
  11. 888 Casino Review & Ratings - JT Hub
    Detailed information about 888 Casino in 전라남도 출장마사지 our Review 2021 - Check out our exclusive 888 Casino bonus code & get up 시흥 출장샵 to 인천광역 출장샵 $500 in 경산 출장안마 bonuses! 군포 출장안마

    ReplyDelete