Monday 16 May 2011

Operasi Khidmat Masyarakat JPNR (OPKIM)


 YDP JPNR berucap dalam Majlis Perasmian OPKIM

Pada 14-16 April yang lalu, JPNR telah menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat yang bertempat di rumah Pengerusi JKKK Kg Sura Hujung Dungun, Tn Haji Mohammad Jusoh. Seramai 40 peserta pelajar non residence telah menyertai program ini dan pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam menyemarakkan lagi program opkim. Program OPKIM merupakan program berbentuk anak angkat di mana peserta luar kampus yang menyertai aktiviti ini akan dijadikan anak angkat kepada penduduk-penduduk kampung di Sura Hujung. OPKIM telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor UiTM Dungun iaitu En Azhari Abdul Aziz. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  • Malam kemuncak kebudayaan OPKIM
  • Outdoor activiti seperti congkak, kecek, gula dalam tepung, tarik tali dll
  • penyampaian hadiah
  • Majlis Perasmian Pembukaan OPKIM
  • Majlis Perasmian Penutup OPKIM
  • dll
Silat adalah Antara aktiviti malam kebudayaan OPKIM

 AJK OPKIM 

Sememangnya untuk mengendalikan sesuatu program bukan lah suatu perkara yang mudah. Malah, pelbagai perkara terpaksa diharungi bermula daripada majlis perasmian pembukaan sehinggalah penutup majlis. Syabas dan tahniah diucapkan kepda Pengarah Projek, Naib Pengarah Projek, Ajk, Saketariat, penduduk kampung serta peserta OPKIM. Menyertai aktiviti memang mudah, tetapi menganjurkan aktiviti sememangnya sukar. Tambahan pula untuk mencari peserta luar kampus. Walaupun begitu, ia suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana kami berpeluang berkenalan dengan ramai orang. Malah, kepada peserta, mereka berpeluang menjadi anak angkat penduduk sura hujung. 
untuk pengetahuan anda, OPKIM merupakan majlis kemuncak bagi unit non residence pada semester lepas. Hal ini kerana ia merupakan penutup bagi segala majlis tambahan pula ia dijalankan di awa cuti ulang kaji pelajar. Semoga aktiviti ini dapat memberi pelajar non residence dalam menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan semester hadapan. Insyallah. k.i.t.!

"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"

No comments:

Post a Comment