Monday 16 May 2011

Mencari rumah sewa?

Assalamualaikum kepada semua warga NR. Di sini terdapat satu maklumat baru bagi anda yang ingin mencari rumah sewa terutamanya kepada pelajar luar daripada terengganu. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Penolong Pengurus Asrama Pantai, En Syamaiza Ibrahim, Unit pengurusan non residence (UPNR) mempunyai rumah-rumah untuk disewa di sekitar dungun, tetapi ia sangat terhad. Bagaimanapun, UPNR sentiasa mencari rumah sewa dari masa ke semasa. Untuk sebarang maklumat boleh la mengunjungi UPNR terengganu atau menghubungi kaunter UPNR di talian 098400409 (keutamaan kepada pelajar diploma yg gagal mendapat kolej semester hadapan). Pelajar yang berasal dari Terengganu disarankan untuk mencari rumah sewa sendiri. Keutaman juga diberi kepada pelajar luar dari terengganu. 

Jadi, bolehla mula mencari dan mula menghubungi UPNR..Insyallah, akan ada rumah sewa untuk anda. k.i.t.

"kebajikan NR, keutamaan Kami"

1 comment:

  1. salam...sy stdent penerapan degree utk kemasukan september nh...sy sdg mencari rmh sewa...sy dr klntan..jd xthu sgt sal area dungun nh..sy nk cri rmh sewa yg berdekatan nga kampus tk memudahkn sy ke kls nanti...thanks..:)..

    ReplyDelete