Monday 16 May 2011

sejarah penubuhan Non Residence


You guys ever wondered how non residence started their operation? well, unit non residence pada mulanya di letakkan serta diuruskan di bawah unit pengurusan kolej. Sehinggalah pada semester lepas, Jawatan Kuasa Perwakilan Non Residence ataupun JPNR telah ditubuhkan dengan melantik seramai 14 orang pelajar untuk menerajui serta memimpin pelajar luar. Batch JPNR yang pertama telah diterajui oleh Hishamudin Tajul Arus dibawah penasihat En Syamaiza Ibrahim, serta Pegawai Pembanggunan Pelajar NR Dr Samsuddin Wahab (kini PPP NR di bawah jagaan En Jazimin Zakaria serta Pn Norimah Misnan) dan di bantu oleh 13 orang pelajar yang lain. Dengan Motto, "kebajikan NR, keutamaan kami"  tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh mereka kerana waktu lantikan hanyalah satu semester sahaja.Hal ini kerana JPNR yang baru akan dilantik seiringan dengan lantikan baru bagi MPP. Walaubagaimanapun, Semester lepas, Mantan JPNR telah berjaya menganjurkan hari terbuka NR serta membantu memperkenalkan kemudahan bas UiTM kepada pelajar luar. Kehadiran mantan JPNR telah memberi 1001 makna kepada JPNR yang baru dilantik semester ini dalam mempelajari selok belok hal ehwal non residence.

Berikut ialah senarai nama JPNR batch kedua (semester Disember 2010 sehingga sekarang):
  • Mohammad Haziq Rahmat (YDP JPNR)
  • Rashidah Mohd (NYDP JPNR)
  • Wan Najmi@Sarah Wan Ismail (S/U Agung JPNR)
  • Nurul Fatin Mat Hassin (Bendahari Kehormat)
  • Ainul Izzah Ahmad Marzuki (Pen. S/U Agung JPNR)
  • Hajar Ahmedy (Exco ICT & Infromasi JPNR)
  • Muhammad Al-Naseef Kamarudin (Exco Penempatan & Kebajikan NR JPNR)
  • Hasrol Hassan Basri (Exco Penyelidikan & Penerbitan JPNR)
  • Azri Fikir Aziz (Exco Sukan & Rekreasi)
  • Nur Adamiah Aluwi (Exco Pentadbiran & Pengurusan JPNR)
  • Siti Aida Abdullah (Exco Akademik & Keusahawanan JPNR)
  • Norhayati Aqilah Aziz (Exco Perhubungan Luar & Antarabangsa JPNR)
  • Noraini Yusof (Exco Kerjaya & Perhubungan Dalaman JPNR)
  • Nurul Syazwani Yusof (Exco Pembangunan Insan JPNR).
 Carta Organisasi JPNR Dungun
     Sememangnya kami di unit JPNR masih lagi mempelajari dalam membantu pelajar-pelajar Non Residence dalam semua perkara dan kami berharap semua pelajar Non Residence dapat memberi sokongan kepada kami dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah dalam memberi idea, sumbangan, serta menyertai aktivit Non Residence.
    Bagi semester baru lantikan JPNR, telah banyak aktiviti yang kami anjurkan seperti:
    • Hari Terbuka NR
    • Maulidur Rasul
    • Wheel Idol Competition sempena FESKO
    • Indoor Games Competition sempena FESKO
    • Lawatan Ukhwah JPNR Dungun ke NR UTHM
    • Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
    Pusat Kegiatan Pelajar Non Residence ataupun PKPNR berada di lokasi Klinik Lama UiTM, beroperasi dari 8 pagi sehingga 11 malam. PKPNR atau NR Lounge ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Dungun sendiri atau Rektor UiTMT, Yang Mulia Prof Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada 16/2/1011. Pusat Kegiatan ini dikhaskan untuk pelajar NR sahaja kerana menyedari hakikat bahawa pelajar NR lebih selesa menghabiskan masa di dalam kampus sementera menunggu waktu kuliah mereka. Hal ini dapat dilihat lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tidak mempunyai kenderaan. Sehubungan dengan itu, PKPNR telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar NR seperti:
    • surau wanita
    • surau lelaki
    • tandas lelaki
    • tandas wanita
    • bilik indoor games
    • bilik rehat.bilik tv
    • pantri
    • bilik belajar / bilik it
    • ruang rehat yang selesa
    • ruang parking NR
    • dll

      diharapkan dengan adanya PKPNR pelajar NR dapat menggunakan dan menjaga kemudahan NR dengan sebaik mungkin. Diharapakan informasi mengenai sejarah penubuhan NR seta JPNR telah memberi anda serba sedikit pengetahuan. K.I.T.!

      "Kebajikan NR, Keutamaan Kami...."

      No comments:

      Post a Comment