Monday 16 May 2011

Open Day NR dan Majlis Perasmian NR Lounge

Open Day NR dan Perasmian NR Lounge

Pada 16 Februari 2011 bermulanya aktiviti pertama NR di mana NR Lounge atau PKPNR telah dirasmikan oleh Rektor UiTMT iaitu Yang Mulia Prof Madya Tengku Yussoff Tengku Mahmud. Majlis telah dijalankan dengan memberi penghargaan kepada Mantan JPNR serta melibatkan aktiviti seperti pendaftaran NR, jual beli serta memberi pengenalan kepada semua pelajar mengenai PKPNR. Sememangnya dalam menganjurkan aktivit bukan mudah, lebih-lebih lagi merasmikan majlis. Tidak dinafikan, pelbagai perkara telah berlaku dalam mengharungi aktivit pertama ini. Walaupun begitu, Alhamdullilah, majlis NR telah berjaya dilakukan dan semua hasil kerja kuat JPNR telah membuahkan hasil. Walaupun berlansung dalam keadaan sederhana, namun ia sangat memberi makna kerana Rektor UITMT telah merasmikan majlis. Tahniah untuk ketua projek serta anak buah mereka. Tidak lupa juga untuk Penasihat JPNR En. Syamaiza Ibrahim. Selepas pengenalan Open Day NR dan Perasmian NR Lounge, terdapat lebih ramai pelajar mengenali PKPNR serta Majlis Tertinggi JPNR. Semoga NR dapat menyertai aktiviti yang kami sediakan. Insyallah. k.i.t!







"Kebajikan NR, Keutamaan Kami"

No comments:

Post a Comment